fbpx

‘Ekonomi berkembang rakyat ada kerja, ekonomi jatuh rakyat hilang kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berpandangan bahawa ekonomi negara harus kekal bertahan dan meningkat bagi memastikan kadar pengangguran dapat dikurangkan.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan memaklumkan, apabila tahap ekonomi berkembang, maka ia membantu meningkatkan pendapatan negara sekali gus dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Apabila ekonomi berkembang, jadi sudah tentu kerajaan juga akan dapat manfaat secara terus iaitu pertama, syarikat-syarikat atau organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi ini akan dapat meningkatkan pendapatan mereka.

“Apabila pendapatan meningkat, maka kerajaan juga akan dapat pendapatan melalui pembayaran cukai yang kita (kerajaan) kenakan.

“Kemudian, apabila ekonomi berkembang, maka peluang pekerjaan juga akan meningkat, maka kadar pengangguran dapat dikurangkan kerana permintaan untuk tenaga kerja meningkat,” katanya pada sesi wawancara khas yang diadakan sempena Belanjawan 2024: Malaysia Madani, hari ini.

Tambah Johari, antara kesan lain yang dapat dinikmati rakyat adalah pelbagai bantuan serta sumbangan sara hidup boleh diterima secara terus daripada kerajaan.

“Apabila ekonomi meningkat, kerajaan akan dapat pendapatan lebih banyak, lebih baik, sudah tentu pendapatan ini akan disalurkan balik kepada rakyat, impak juga kepada rakyat. Contoh, apabila kerajaan ingin bagi bantuan, sumbangan, subsidi semuanya akan sampai kepada rakyat.

“Sebaliknya jika ekonomi terus jatuh, ia akan memberi kesan kepada kerajaan. Tadi kalau ekonomi naik, pendapatan negara bertambah dan kalau jatuh, kerajaan akan juga terkesan, jatuhnya pendapatan, pekerjaan pun hilang.

“Ini kerana ramai kena berhenti kerja, bantuan dari kerajaan pun agak terhad kerana tiada pendapatan.

“Akhirnya jadi macam dahulu kita keluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya kita tak perlu keluar, tetapi kita (kerajaan) dah tak ada jalan lain untuk bantu rakyat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI