BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di China memelihara seekor ikan koi gergasi seberat 25 kilogram di Zhongshan, wilayah Guangdong, lapor portal berita MSNews hari ini.
Walaupun ikan itu besar, dia tidak menunjukkan rasa takut ketika memberi makan haiwan peliharaannya.
Ikan diberi nama Hurricane dan berwarna oren itu hidup di dalam sebuah kolam. Ia akan diberi makan dan bermain dengan kanak-kanak tersebut. Hurricane juga membenarkan budak perempuan itu membelainya.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Yuan menternak ikan koi di Zhongshan dan menjual beberapa ekor kepada rakannya, salah satunya ialah Hurricane.
Dia menganggarkan seekor ikan koi sebesar Hurricane itu bernilai hampir 500,000 yuan (RM323,651) dan menganggarkan berat kanak-kanak perempuan tersebut sekitar 20 kilogram , manakala ikan berusia tujuh tahun itu memiliki berat 25 kilogram. – AGENSI