PETALING JAYA -Kerajaan memperuntukkan RM6.8bilion bagi pendidikan Program latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerumitan ekonomi menagih bakat-bakat baharu yang berkemahiran tinggi dan senantiasa beradaptasi dengan dunia yang cepat berubah.
“Lantaran itu, pembangunan bakat tempatan perlu segera melalui pengislahan jitu supaya selari dengan kehendak majikan dan industri.
“Belanjawan MADANI Pertama telah memulakan secara rintis usaha merombak pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat GLC dan swasta,” katanya di sini tadi.
Anwar berkata, setakat 5 Oktober lalu, 17 GLC dan 44 syarikat swasta telah terlibat dalam pemeteraian 61 memorandum persefahaman mencakup kerjasama melalui pembangunan kurikulum serta sumbangan peralatan dan kepakaran. – KOSMO! ONLINE