fbpx

Belanjawan 2024: RM586 juta untuk Kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM586 juta untuk pembangunan Kemas tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pendidikan awal kanak-kanak akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Perpaduan.

Katanya, selain Kemas, sebanyak 10 buah Tabika dan Taska baharu dengan kos RM31 juta akan dibina antaranya di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu, Felda Jelai 1, Tampin, Negeri Sembilan dan Taman Kota Masai, Johor Bahru, Johor.

“RM20 juta turut disediakan bagi menaik taraf premis Kemas di seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI