fbpx

Belanjawan 2024: RM25 juta bagi i-TEKAD, RM500 juta pembangunan tanah wakaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan dana tambahan bagi Program kewangan sosial i-TEKAD sehingga RM25 juta secara geran padanan dengan institusi kewangan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ujarnya, program kewangan sosial i-TEKAD yang diluncurkan sebelum ini telah memanfaatkan hampir 4,000 usahawan mikro dengan sambutan yang amat menggalakkan oleh 12 insititusi kewangan.

Dalam pada itu, kerajaan akan meningkatkan dana kepada RM500 juta untuk pinjaman mudah bagi meningkatkan pembangunan semula tanah-tanah wakaf di seluruh negara.

Jelasnya, kerajaan telah menyediakan RM200 juta pada April lalu untuk membangunkan semula tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang secara pinjaman mudah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI