KUALA LUMPUR – Sebanyak 2.4 bilion ringgit diperuntukkan untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam menggerakkan agenda reformasi, Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
Negara telah berjaya mempercepat pelaksanaan projek khususnya
melibatkan isu kesesakan di hospital dan pembaikan sekolah dan klinik daif.
“Tahun hadapan, Pasukan STAR diberi tanggungjawab untuk
mempercepat pelaksanaan projek selenggara lif/91 juta dan kuarters
Kerajaan/170 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE