PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi menyelenggara dan membaiki tandas awam di 150 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini.
“Tidak boleh diterima akal bahawa selama ini kita membiarkan anak-anak mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur.
“Tahun hadapan, tekad yang sama akan diperhebat bagi membaik pulih tandastandas awam seluruh negara,” katanya di Parlimen hari ini. – KOSMO! ONLINE