fbpx

Belanjawan 2024: RM1.2 bilion disalurkan untuk penjagaan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM1.2 bilion disediakan antaranya untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti penjagaan orang kurang upaya (OKU) kronik terlantar, OKU tidak upaya berkerja dan elaun pekerja OKU.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Di samping itu, ujarnya, kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan ditingkatkan kepada RM300 sebulan berbanding RM150.

Peningkatan ini akan memanfaatkan lebih 18 ribu pelatih OKU dengan tambahan peruntukan RM30 juta.

Bagi memberikan manfaat kepada usahawan OKU mikro, kemudahan pembiayaan khas oleh BSN disediakan sebanyak RM50 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI