KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diperuntukkan RM41.2 bilion berbanding RM36.3 bilion tahun ini, iaitu peningkatan terbesar daripada kalangan kementerian.
Tambahnya, sebanyak RM5.5 bilion daripadanya adalah untuk memperoleh bekalan ubat, bahan guna habis, reagen dan vaksin.
“Malaysia masih belum memenuhi nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit.
“Ke arah itu, ketercapaian kemudahan kesihatan akan terus ditingkatkan bagi menyurai kesesakan,” katanya.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani Kedua di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE