fbpx

Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM5 juta, tambah baik unit anjing K9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blake (kiri) pernah terlibat dengan SAR mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Disember tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah baik kemudahan dan rawatan perubatan bagi unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ujarnya, kerajaan juga akan menambah bilangan anjing pengesan K9 untuk Bomba, Polis dan Kastam dengan peruntukan RM5 juta

“Kita semua mesti mengingati Blake, anggota Unit Pengesan K9 Bomba yang telah meninggalkan kita setelah menabur bakti untuk negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI