fbpx

Belanjawan 2024: Kerajaan perkenal Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan akan terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.

“Bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik , Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.

“Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu katanya, bagi menyokong keperluan projek LRT3, Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan
membina 3 depoh bas dengan kos RM600 juta ringgit.

“Kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI