fbpx

Belanjawan 2024: Kerajaan laksana subsidi bersasar elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan melaksanakan subsidi bersasar dengan melepaskan sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi tetapi pada masa yang sama, mengekalkan subsidi yang sama bagi 90 peratus pengguna.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ujarnya, pendekatan bersasar ini telah dapat menjimatkan lebih 4.6 bilion ringgit daripada unjuran subsidi elektrik 20 bilion ringgit.

“Namun, Kerajaan masih menanggung subsidi elektrik 16 bilion ringgit untuk tahun 2023 khususnya bagi pengguna di rumah serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI