fbpx

Belanjawan 2024: Istilah kendatipun, segulai sejalai, watan curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini memikat perhatian bukan sahaja kerana penggunaan bahasa Melayu yang luar biasa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga kerana penggunaan bahasa sastera yang memperkayakan keseluruhan pembentangan.

Bahasa yang jarang didengar dalam konteks politik menjadikan pembentangan ini tidak hanya informatif, tetapi juga menghiburkan dan unik.

Kombinasi kebijaksanaan beliau sebagai ahli sastera dan pengalaman politiknya menjadikan pembentangan ini benar-benar memukau.

Antara istilah yang digunakan Perdana Menteri termasuklah ketimbang, segulai sejalai, kendatipun, watan dan sementelahan.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘ketimbang’ bermaksud perbandingan dan ia kerap digunakan Anwar ketika membuat perbandingan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Tema sambutan Hari Gawai tahun ini, ‘segulai sejalai’ turut diguna pakai yang bermaksud berjalan seiringan turut disampaikan dengan indah oleh Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Anwar turut menggunakan perkataan ‘kendatipun’ yang membawa maksud walaupun, meskipun, biarpun dan sama maksud baginya.

Jika dilihat Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘watan’ memberi maksud tanah air, tanah tumpah darah, rela berkorban untuk berbakti kepada negara.

Manakala, ‘Sementelahan’ pula menekankan makna tambahan seperti tambahan pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI