fbpx

Belanjawan 2024: Henti subsidi elektrik kepada golongan mahakaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelaksanaan subsidi bersasar dengan melepaskan sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian subsidi elektrik secara pukal sangat membebankan dan lebih menguntungkan golongan kaya.

“Pada tahun 2022, trend menunjukkan, 10 peratus pelanggan dengan penggunaan elektrik tertinggi menikmati 50 peratus subsidi, sedangkan 50 peratus pelanggan dengan penggunaan elektrik terendah hanya menikmati 10 peratus subsidi yang diberikan.

“Maka sebab itu, bermula tahun ini, Kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar dengan melepaskan sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi tetapi pada masa yang sama, mengekalkan subsidi yang sama bagi 90 peratus pengguna,” katanya di Parlimen hari ini.

Namun, Kerajaan masih menanggung subsidi elektrik 16 bilion ringgit untuk tahun 2023 khususnya bagi pengguna di rumah serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI