fbpx

Belanjawan 2024: Harga siling telur, ayam ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kawalan harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sejak Februari 2022, kerajaan telah menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam.

Katanya, tujuan asal subsidi sementara ini adalah untuk mengawal harga ayam dan telur yang meningkat secara mendadak serta mahu menangani isu kekurangan bekalan.

”Alhamdulillah, trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah mula stabil dan harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling kawalan.

”Maka dengan itu, kawalan harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Anwar, pengumuman terkait serta langkah-langkah yang lebih konkrit akan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI