fbpx

Belanjawan 2024: Harap bajet beri impak positif kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Kerajaan perlu memperkasakan kehidupan rakyat negara ini agar lebih terjamin dan mampan menerusi dasar serta inisiatif yang mampu memberi impak positif.

Pakar ekonomi merangkap Pengarah Program MBA di Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pemerkasaan dasar-dasar tersebut seharusnya dilaksanakan secara berpanjangan demi kesejahteraan rakyat negara ini.

“Harapan saya untuk pembentangan Belanjawan 2024 kali ini adalah melihat pendekatan berani daripada kerajaan menerusi dasar gaji progresif, bantuan dan subsidi bagi membendung kos sara hidup rakyat.

“Antara yang lain adalah memperkasakan peluang dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, pembangunan infrastruktur seluruh negara dan merapatkan jurang kekayaan serta pendapatan antara rakyat.

“Saya juga ingin melihat iltizam kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara yang kekal berdaya saing dan mampan melalui kepelbagaian ekonomi baharu seperti ekonomi digital, industri nadir bumi, aeroangkasa serta agromakanan,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Pada masa sama katanya, kerajaan diharapkan agar memastikan sektor domestik yang diterajui oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dipacu dengan pelbagai inisiatif yang akan membolehkan industri tempatan berkembang maju.

“Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada barangan import dan memperkukuhkan nilai mata wang ringgit,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI