KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus ketimbang enam peratus.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
“Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.