fbpx

Bantu rakyat miliki rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sokongan inisiatif kerajaan dalam membantu pemilikan rumah antara permintaan popular dalam kalangan rakyat untuk pembentangan bajet kali ini. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bajet 2024 yang bakal dibentangkan petang ini perlu memperkasakan sektor hartanah agar lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri, menurut Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar.

Beliau mengharapkan agar Bajet 2024 memperkenalkan inisiatif yang dapat menjadi pemangkin kepada sektor hartanah yang kini sedang dibelenggu pelbagai kekangan.

“Saya amat berharap Bajet 2024 berupaya memperkasakan sektor hartanah agar manfaatnya dapat merentasi rantaian nilai iaitu dari pembeli rumah, syarikat pemaju serta industri soko­ngannya.

“Antara insentif yang dialu-alukan adalah potongan cukai faedah untuk rumah berharga RM700,000 di kawasan bandar-bandar utama, selain kadar faedah lebih rendah untuk pembeli rumah kali pertama bagi hartanah RM500,000 di kawasan yang bukan merupakan bandar-bandar utama.

“Kerajaan juga diharap dapat memperkenalkan semula kempen-kempen pemilikan rumah seperti Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) terutamanya untuk pembeli rumah kali pertama,” katanya.

FD Iskandar turut berpendapat memandangkan syarikat utiliti tempatan telah menca­tatkan jumlah keuntungan yang memberangsangkan, kaedah subsidi silang perlu dihentikan serta kerajaan harus mengambil alih tanggung jawab pembinaan rumah kos rendah.

Jelasnya, ini akan memberi ruang kepada pemaju perumahan memulihkan kedudukan kewa­ngan mereka akibat kerugian pasca-pandemik serta menanggung kos menjalankan perniagaan yang masih tinggi.

“Kita harus terima hakikat bahawa sektor hartanah dibelenggu kos premium tanah yang melam­bung serta kos bahan binaan utama seperti simen yang mahal.

“Disebabkan wujudnya monopoli bekalan simen di negara ini, kawal selia yang lebih baik diperlukan bagi membantu me­ngurangkan kos binaan di pihak pemaju.

“Selain itu, amatlah mustahil untuk pemaju menurunkan harga rumah sekiranya kos pematuhan yang dikenakan adalah tinggi. Kesan gandaan seperti ini perlu dibendung.

“Saya juga mengesyorkan supaya proses kelulusan projek perumahan dalam tempoh yang ditetapkan terus ditambah baik dari aspek ketelusan. Terdapat banyak lagi ruang untuk meran­cakkan pembangunan sektor hartanah untuk kesenangan rakyat,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI