fbpx

Anwar menuju ke Parlimen untuk bentang Belanjawan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menunjukkan beg fail warna hitam bermotif corak 'Arabesque' hasil buatan pengusaha batik Kelantan yang didalamnya berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2024.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertolak dari bangunan Perbendaharaan ke Parlimen pukul 3.13 petang tadi untuk pembentangan Belanjawan 2024.

Anwar yang juga Menteri Kewangan kelihatan membimbit beg fail warna hitam bermotif corak ‘Arabesque’ hasil buatan pengusaha batik Kelantan yang didalamnya berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2024.

Ahli Parlimen Tambun itu segak berpakaian baju Melayu lengkap warna ungu, bersamping dan bercapal selain turut ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Turut mengiringi beliau adalah dua timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Pembentangan belanjawan kali ini bertemakan ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ dan ia pembentangan belanjawan kedua oleh Anwar selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk pada 2 Disember 2022.

Sebelum memulakan perjalanan, majlis didahulu dengan bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail.

Penganalisis meramalkan, pembentangan Belanjawan 2024 itu dijangka memberi tumpuan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, runcit, hospitaliti, pembinaan dan teknologi hijau.

Belanjawan 2024 juga dijangka akan terus mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi MADANI dengan fokus meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI