fbpx

Ambil lesen motosikal sebab mahu bawa cucu jalan-jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah teruja menerima lesen memandu motosikal B2 di Kubang Menerong, semalam. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Hasrat warga emas membawa cucunya bersiar-siar ke pekan dengan menunggang motosikal kini menjadi kenyataan apabila dia berjaya memperoleh Lesen Memandu Kelas B2 di Kubang Menerong, di sini.

Hamzah Idris,62, berkata, dia sebelum ini hanya berani menunggang motosikal dalam kawasan kampungnya di Changkat, Nibong Tebal disebabkan tidak memiliki lesen memandu.

“Kalau hendak ke mana-mana, saya naik bas atau minta saudara mara atau jiran terdekat hantarkan.

“Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, saya rajin bawa cucu berjalan-jalan dan mula menyedari betapa perlunya lesen memandu untuk menjamin keselamatan penunggang serta pembonceng.

“Justeru, saya terus mendaftarkan diri dan alangkah bertuahnya apabila dimaklumkan saya layak untuk menerima lesen percuma,” katanya ketika ditemui, selepas memperoleh lesen memandu menerusi Program Lesen Memandu B2 (MyLesen) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Peringkat Pulau Pinang, di Midtown Perda, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI