fbpx

TikTok perlu patuh undang-undang Malaysia – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Fahmi Fadzil (tengah) ketika mesyuarat bersama wakil TikTok, semalam di laman Twitter beliau

PETALING JAYA – Platform kandungan media sosial popular, TikTok perlu patuh pada undang-undang Malaysia dan bertindak lebih proaktif dalam mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil, beliau telah bertemu dengan pengurusan tertinggi TikTok diketuai Naib Presiden Global TikTok, Helena Lersch, semalam.

“Dalam perbincangan tersebut, saya menegaskan bahawa TikTok perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang Malaysia.

“TikTok juga mesti lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan, termasuk penularan yang bersifat ‘Coordinated Inauthentic Behaviour’ (CIB),” katanya menerusi satu hantaran di laman Twitter.

Tambah Fahmi, beliau turut menekankan mengenai pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia yang berada pada tahap tidak memuaskan dan perlu diperbetul segera.

“Pihak TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia pada ketika ini.

“Saya juga menegaskan perlunya TikTok mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit,” ulasnya.

Menurut Fahmi, TikTok telah memberi jaminan akan meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, mereka memberi komitmen untuk mengadakan pertemuan lanjut pada kadar segera untuk menyelesaikan isu-isu ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, KKD telah memanggil pengendali aplikasi TikTok bagi memberi penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan iklan dan kandungan di platform TikTok.

Langkah tersebut diambil selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada gedung perniagaan, orang awam serta pihak media sendiri yang terkesan dengan platform terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI