fbpx

Saya tak mahu bermain sebulan sekali – Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE ketika ini sedang bersiap bersama England untuk menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang Australia dan Itali. - AFP

MANCHESTER – Tonggak pertahanan Manchester United, Harry Maguire memberi amaran bersedia meninggalkan kelab kesayangannya itu pada jendela perpindahan Januari depan sekiranya tidak diberikan peluang beraksi lebih kerap.

Maguire sekadar memulakan lapan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kesebelasan utama musim lalu, menyebabkan pengurus United, Erik ten Hag mencabut lilitan lengan kaptennya dan diberikan kepada Bruno Fernandes.

Bagaimanapun, bintang England itu membuat kesilapan apabila West Ham United telah menyatakan hasrat mereka dan bersungguh-sungguh mahukan khidmatnya tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak akan duduk sahaja di sini dan hanya bermain sekali dalam sebulan. Jika perkara ini berterusan, saya akan duduk berbincang dengan kelab mengenainya,” kata Maguire.

Untuk musim ini, Maguire baru diturunkan beraksi sebanyak tiga kali dalam kancah EPL oleh Ten Hag termasuk satu di kesebelasan utama dan beraksi 90 minit penuh ketika menewaskan Brentford 2-1 minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI