fbpx

Restoran jual pai kepala ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pai kepala ayam ini dicipta sebagai usaha mengurangkan sisa makanan dan menggunakan setiap bahagian haiwan. – TikTok

LONDON –  Sebuah restoran mewah di London memperkenalkan pai ayam unik yang menyaksikan  kepala ayam  diletakkan pada bahagian atas hidangan tersebut, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Menu dinamakan Le Grand Coq Pie berharga £22 (RM128) di Restoran Fowl itu menerima pelbagai reaksi daripada pelanggan dengan ada yang memuji kreativiti cef serta sebilangan lagi  menganggap ia menjijikkan.

Hidangan eksotik tersebut dicipta sebagai usaha untuk mengurangkan sisa makanan dan menggunakan setiap bahagian haiwan.

Menurut Cef Will Murray, pai itu mengetengahkan konsep   ‘daripada kepala hingga kaki’  yang menggunakan setiap bahagian ayam termasuk bahagian yang biasanya dibuang.

“Bagi kami, petani telah bekerja keras untuk memelihara ayam yang cantik, jadi kami perlu menggunakan setiap bahagiannya,” kata Murray.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI