fbpx

Razlan sahkan Oliveira dipancing Repsol Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPEKULASI kencang mendakwa pelumba RNF, Oliveira sedang dipancing oleh Repsol Honda yang terdesak mencari pengganti Marquez bagi saingan musim depan.

PASUKAN CryptoData RNF MotoGP Team mengesahkan bahawa pelumba utamanya, Miguel Oliveira sedang ‘dipancing’ pasukan Repsol Honda bagi menggantikan tempat Marc Marquez pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Ketua pasukan RNF, Datuk Razlan Razali berkata, pihaknya mengetahui perkara tersebut selepas Honda telah menghubungi anak buahnya itu, namun tindakan pasukan Jepun untuk mendapatkan pelumba kelahiran Portugal itu hampir mustahil.

Tegas Razlan, Miguel masih terikat dengan kontrak sehingga musim 2024 dan tiada sebarang klausa perpindahan yang menyatakan pelumba berusia 28 tahun itu boleh mendapat pelepasan awal sekiranya mendapat tawaran pasukan kilang.

“Saya akui ketika spekulasi mengenai Marc Marquez membuat keputusan untuk meninggalkan Honda dan masa itu juga Honda ada berhubung dengan Miguel (Oliveira) untuk sertai mereka.

“Setakat ini saya dapat tahu situasi Honda agak terdesak ke­rana mereka akan hubungi semua pelumba MotoGP yang akan buat keputusan untuk berhijrah menyertai mereka.

“Ketika ini, bukan Miguel sahaja tetapi pelumba Aprilia, Ma­verick Vinales turut menerima tawaran sama. Miguel masih ada kontrak sehingga 2024 dengan RNF dan mempunyai pilihan sambung sehingga 2025 dan 2026.

“Jadi, dalam kontrak itu jelas menunjukkan tiada sebarang klausa menyatakan Miguel dapat pelepasan awal sekiranya mendapat tawaran menyertai pasukan kilang Honda.

“Sekarang ini spekulasi akan pergi ke Honda itu betul. Tetapi apa yang kita faham dan tahu ialah Miguel akan bersama kita sekurang-sekurangnya tahun 2024,” katanya kepada Kosmo! semalam

Ketika ditanya adakah Oliveira berpeluang untuk melanggar kontrak sedia ada untuk menyertai pasukan Honda.

“Jika dia nak pergi ke pasukan Honda, Miguel akan berdepan risiko tindakan undang-udang. Masalah akan jadi lebih besar dan mahal tetapi saya yakin dia tidak akan buat begitu,” tambahnya yang kini berada di Indonesia untuk melakukan persiapan menjelang Grand Prix (GP) Indonesia yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI