fbpx

Piala Supermokh 2023: AMD Dream lolos ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Fagiano Okayama tidak berjaya lolos selepas meraih keputusan seri 2-2 bertemu kelab China, Zhejiang Professional FC hari ini.

SKUAD Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Dream mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir kategori bawah 13 (B-13) tahun saingan Piala Supermokh 2023 bersama kelab Thailand, Chonburi FC (Thailand), KSS Lech Poznan FC (Poland) dan Evergrande Football School (China).

Pada aksi terakhir Kumpulan B hari ini, Evergrande Football School berjaya menewaskan Hong Kong FA, 3-1.

Ketua jurulatih Evergrande Football Scholl, Sun Weirong menyifatkan kemenangan diraih adalah hasil usaha keras barisan pemainnya untuk terus merebut kejuaraan.

“Pemain beraksi dengan sangat baik dan sudah semestinya saya bangga dengan aksi-aksi anak didik saya.

“Kami memanfaatkan peluang yang ada dengan jaringan gol dan akan terus memberikan saingan yang lebih sengit untuk aksi dipentas separuh akhir nanti,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, bagi saingan Kumpulan A pula, harapan Fagiano Okayama untuk lolos ke separuh akhir tidak berjaya selepas meraih keputusan seri 2-2 bertemu kelab China, Zhejiang Professional FC.

Pengendali Fagiano Okayama, Hiroshi Ashitaka berkata, barisan pemain beraksi dibawah kemampuan sebenar dengan beberapa kelemahan dipamerkan yang perlu segera diperbaiki.

“Kami tahu pasukan tidak beraksi dengan baik dan perlu segera mempertingkatkannya menjelang aksi diperingkat plate. Mereka perlu lebih yakin dan bersedia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI