fbpx

MYAirline: AirAsia tawar diskaun 50 peratus kepada penumpang terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AirAsia - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Syarikat penerbangan AirAsia mengumumkan tawaran istimewa diskaun sebanyak 50 peratus tambang asas secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas ekoran penggantungan operasi syarikat itu pada hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, ia merupakan tanda sokongan pihaknya kepada penumpang MYAirline yang terjejas dengan harapan dapat mengurangkan kesulitan rancangan perjalanan mereka yang terganggu.

Katanya, tawaran itu berkuat kuasa serta-merta dan terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan penerbangan yang disahkan dari atau ke Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabaku-Tawau, Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok mulai hari ini hingga 30 November depan.

“Untuk menebus tawaran ini, penumpang yang terjejas boleh mengemukakan tempahan penerbangan MYAirline mereka yang disahkan di Kaunter Jualan AirAsia di KL Sentral, Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2),Sepang.

“Ia turut melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bo Lingam berkata, pihaknya juga berbesar hati mempertimbang dan mengambil individu berkelayakan daripada MYAirline untuk menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka kepada AirAsia.

“Pemikiran kami juga ditujukan kepada semua kakitangan berdedikasi yang terjejas oleh situasi ini. Kami mengiktiraf bakat dan pengalaman kakitangan MYAirline dan ingin menghulurkan bantuan.

“Kami menggalakkan kakitangan MYAirline yang terjejas untuk menghubungi kami dan meneroka kemungkinan menyertai keluarga Allstars kami.” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI