fbpx

Masjid di Perak anjur solat hajat untuk Palestin esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Semua masjid dan surau diri Jumaat di negeri ini akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi memohon doa untuk keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Palestin.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau akan meminta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memaklumkan solat hajat itu kepada semua masjid dan surau diri Jumaat di negeri ini.

“Insya-Allah, kita akan maklumkan kepada semua pengerusi masjid dan surau diri Jumaat untuk mengadakan solat hajat untuk saudara kita di Palestin selepas solat Jumaat esok,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Saarani (tengah) melawat tapak pameran selepas melancarkan Bulan Inovasi Peringkat Negeri Perak 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. – Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Menurut Saarani, beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) telah menandatangani cek bernilai RM100,000 untuk disumbangkan kepada Palestin.

Sumbangan itu katanya, bagi meringankan beban ditanggung penduduk negara tersebut susulan pergolakan dan konflik yang berlaku antara Palestin-Israel ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI