fbpx

Malaysia beri sumbangan awal RM1 juta kepada Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (dua kiri) menyerahkan replika cek RM1 juta kepada Walid di Parlimen, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1 juta sumbangan awal diserahkan kerajaan Malaysia kepada Palestin sebagai tindakan segera untuk membantu penduduk negara itu yang menghadapi konflik dengan Israel ketika ini.

Sumbangan daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) itu diserahkan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di Parlimen, di sini hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang ada di sini sebagai mewakili semua parti tanpa mengira latarbelakang.

“Hari ini kita semua berdiri teguh atas hasrat menyatakan dokongan dalam usaha untuk memastikan supaya pembelaan sewajarnya terhadap kedudukan dan nasib rakyat Palestin,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen.

Sementara itu, Walid turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas sokongan teguh tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza.

Menurutnya, Malaysia sentiasa memberikan sokongan dan menzahirkan semangat persaudaraan sama ada di peringkat domestik, serantau mahupun antarabangsa.

“Bagi pihak berkuasa Palestin, rakyat kami serta komuniti di Gaza dan Tebing Barat, Baitulmaqdis berterima kasih kepada Malaysia.

“Kami sangat hargai sokongan dan berdoa kepada Allah agar melindungi Malaysia, memastikan ia kekal aman dan bersatu. Insya-Allah, kami akan raikan kalian di (Masjid) al-Aqsa suatu hari nanti. Terima kasih banyak Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI