fbpx

Konflik Palestin-Israel: Platform X nafi gagal tangani penyebaran ‘maklumat palsu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk meminta Breton menyenaraikan pelanggaran yang dibuat oleh syarikat X. - AFP

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Platform media sosial X menafikan dakwaan Kesatuan Eropah (EU) bahawa pihaknya gagal menangani penyebaran ‘maklumat palsu’ mengenai perang antara tentera Israel dan Hamas.

Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Linda Yaccarino menulis dalam satu surat bertarikh semalam, platform X telah ‘mengambil tindakan untuk menapis atau melabelkan berpuluh-puluh ribu kandungan’ pada hari-hari selepas serangan Hamas ke atas Israel.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Perindustrian Kesatuan Eropah (EU), Thierry Breton yang secara peribadi mengkritik Elon Musk di media sosial pada Selasa lalu.

Breton ‘membangkitkan penggera’ dalam surat yang dihantarnya kepada Musk dan Mark Zuckerberg, pengasas kumpulan Meta yang termasuk platform Facebook dan Instagram.

Breton menuntut setiap bilionair itu memberikan butiran dalam masa 24 jam tentang cara ‘kandungan haram dan maklumat palsu’ dialih keluar oleh mereka selaras dengan Akta Perkhidmatan Digital (DSA) baharu EU.

Surat Breto kepada Musk mengutarakan dakwaan ‘kandungan ganas dan pengganas yang kelihatan beredar di platform anda’ berurutan serangan Hamas pada hujung minggu lalu.

Surat Yaccarino yang diterbitkan pada akaun korporat platform X berkata, firma itu telah mengeluarkan beratus-ratus akaun yang dikaitkan dengan pejuang Hamas sejak serangan pada Sabtu lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI