fbpx

Keputusan saya muktamad, bukan gimik – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY Mazlein tampil menjelaskan keputusannya untuk meninggalkan pentas All Stars Gegar Vaganza adalah muktamad dan bukan gimik.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein tampil menjelaskan pengundurannya sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10) seperti yang diumumkan semalam bukan gimik.

Menurut Elly, keputusan tersebut adalah muktamad dan tidak akan kembali ke pentas GV10 sebagai hos disamping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Bukan salah Astro atau gimik seperti yang Nabil cakap.”

“Inilah kenyataan di mana saya sudah tinggalkan GV buat selama-lamanya.

“Ya, tiada lagi dan cukup. Ini semua keputusan dari diri sendiri,” katanya dalam InstaStory semalam.

Dalam masa sama, dia turut menafikan dakwaan ramai penarikan diri sebagai hos adalah disebabkan sedang berbadan dua.

“Saya tidak mengandung, hanya perut buncit. Jangan memandai ya, tak baik mulut jahat.

“Saya, suami dan anak baik sahaja, Alhamdulillah,” jelasnya.

TANGKAP layar perkongsian Elly Mazlein mengenai keputusannya untuk berundur sebagai hos All Stars Gegar Vaganza di InstaStory .

Menerusi hantaran sama, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu juga meminta orang ramai terus menyokong program tersebut meskipun dirinya tidak lagi bergelar hos.

“Teruskan menyokong kesayangan saya yang sedang bertanding. Kepada bintang GV10, buat sehabis baik ya.

“Terima kasih di atas semangat dan kasih sayang. Insya-Allah kita jumpa dalam rancangan lain.

“Di GV sahaja saya tiada, saya sayang anda semua. Terima kasih juga kepada bos yang menghormati keputusan saya,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Semalam, Astro mengumumkan Elly yang popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom menarik diri sebagai hos GV10.

Difahamkan, keputusan tersebut diambil atas faktor peribadi yang tidak didedahkan kepada umum.

Mengimbau semula, kemunculan Elly sebagai hos GV10 meraih pelbagai respons daripada orang ramai. Ada yang menyokong tetapi tidak kurang  juga mengecam sehingga melabelnya terlalu gedik dan ‘hyper’. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI