fbpx

Kau beduk kakak, adik, mak kau – bekas isteri Syafiq Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS adik ipar penyanyi Shila Amzah tampil bersuara mendedahkan sikap sebenar Syafiq yang didakwa tidak bertanggungjawab dan pernah melakukan keganasan domestik terhadap keluarga.

PETALING JAYA – KRISIS dalaman keluarga Shila Amzah semakin membahang apabila wanita dipercayai bekas adik iparnya, Nurul Anis Waheeda mendakwa adik lelaki penyanyi itu, Syafiq pernah naik tangan terhadap ibu sendiri, Fauziah Sarman.

Kata usahawan terbabit, sikap bekas suaminya yang turut melakukan keganasan domestik bukan hanya kepadanya, malah ahli keluarga lain termasuk Shila mendorongnya buka mulut.

“Dari dulu lagi kau tak pernah berubah. Kalau kau cakap kakak kau kurang ajar dengan mak mungkin dia terlepas, orang dah lama bersabar, dah melampau Syafiq! Kau memang teruk.

“Orang tak tahu kan kau beduk kakak kau, kau beduk adik kau, mak kau, aku dan perempuan lain. Orang akan nampak salah kakak kau sebab dia dikenali. Orang kenal tak kau?,” katanya dalam komen di Instagram.

Dakwa wanita yang masih memegang status ibu tunggal itu lagi, lelaki terbabit juga suka menunjukkan dirinya sebagai mangsa dan pada masa sama membongkar aib sendiri selain tidak mengenang budi.

“Kau ‘play victim’ kerana diri sendiri pun bukan betul. Buktikan sekiranya kau betul.

“Kau memang melampau buat ni semua, kau pergi membuka aib diri kau sendiri. Macam-macam dah kakak kau tu tolong kau.

Kau ingatlah sikit apa jadi kat kau ni semua kifarah atas apa yang sudah dibuat.

“Bukan terhadap keluarga saja malah terhadap anak sendiri juga kau ni ‘play victim’ Syafiq,” ujarnya lagi panjang lebar.

Menurut Nurul Anis, sebagai anak lelaki sulung lelaki berusia 30 tahun itu sepatutnya mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga, bukan mengharapkan orang lain menanggung kehidupannya.

“Namun, macam mana hendak sara keluarga kalau kau pun kerja mengharapkan duit perempuan saja, malah hutang sana-sini.

“Dengan nafkah anak pun kau culas. Menggigil saja aku ni tau, nak hempuk muka kau. Aku ajak jumpa pun kau kecut!

“Ni kan kakak kau ajak jumpa pun menyorok dalam rumah. Kau jangan cabar tahap kesabaran orang tau!” katanya.

Daripada carian dalam laman sosialnya, dia pernah berkongsi beberapa luahan mengenai sikap lepas tangan dipercayai ditujukan untuk bapa kepada anaknya yang culas memberikan nafkah serta mengasarinya dan wanita lain.

Terdahulu, Syafiq atau nama penuhnya, Amir Syafiq Amzah meluahkan amarah dengan tindakan kakaknya yang didakwa tidak mengadakan sebarang perbincangan sebelum membuat keputusan menjual rumah penyanyi itu.

Malah, Syafiq juga mengatakan Shila berniat menjual kediaman yang dihuninya bersama adik perempuan, Syada serta ibu mereka pada harga pasaran yang tinggi, selain mempersoalkan tindakan Shila tidak menukar nama pemilik hartanah berkenaan.

Anak kedua daripada empat bersaudara ini turut mendakwa kakaknya serta individu terdekat pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI