fbpx

Ini bukan kes curi ayam, tiada had siasat Roger Ng – IGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roger Ng

GEORGE TOWN – Polis tidak menetapkan sebarang tempoh untuk menjalankan siasatan berhubung kes membabitkan bekas pegawai bank, Roger Ng Chong Hwa, 51, yang diekstradisi dari Amerika Syarikat untuk membantu siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana siasatan kes tersebut akan dijalankan sehingga pihak berkuasa berpuas hati memandangkan isu itu melibatkan duit kerajaan dan juga rakyat.

Razarudin

“Tiada tempoh masa, tiada had (siasatan) sehingga kita puas hati kerana ia melibatkan duit kerajaan dan rakyat.

“Kita akan menjalankan sidang akhbar dari semasa ke semasa, jangan risau baru dua hari, jangan tidak sabar ini bukan kes curi ayam,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di sini, hari ini.

Menurut Razarudin, pihaknya juga meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap Roger. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI