fbpx

Gaza berdarah, Siti Nurhaliza bimbang 50 anak angkat di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak senang duduk memikirkan keselamatan 50 angkatnya di Palestin itu yang kini berdepan bahaya serangan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel. 

PETALING JAYA – Situasi genting di Gaza membuatkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak senang duduk memikirkan keselamatan 50 angkatnya di Palestin itu yang kini berdepan bahaya serangan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.

Katanya, sejak peperangan meletus hujung minggu lalu pihaknya terus memantau perkembangan pelajar sekolah Afwa Al Afiyah serta petugas pusat kelolaan Yayasan Nurjiwa itu.

“Pihak kami sedang memantau secara dekat situasi terkini di sana dan mendoakan agar anak-anak ini selamat.

“Situasi di sana sangat runcing. Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda.

“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana.

“Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” luah penyanyi itu dalam Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, sekolah kanak-kanak Afwa Al Afiyah yang ditubuhkan menerusi kutipan sumbangan Yayasan Nurjiwa difahamkan antara bangunan yang musnah akibat bedilan tentera Israel.

Penyanyi lagu Purnama Merindu itu turut meminta orang ramai membantu menyalurkan sumbangan selain mendoakan rakyat Palestin yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka.

“Sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.

Perkara in juga tidak boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-ара. Lebih pilu apabila menerima khabar daripada pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur binasa akibat kebiadaban zionis.

“Justeru, bagi membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang telah dilancarkan sejak tahun 2021,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah meragut ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, menerusi Yayasan Nurjiwa, Siti mengumumkan dia membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan akademik bagi membantu anak-anak di Palestin sejak Oktober 2021.

Pada Mei lalu, penghibur kesayangan ramai itu turut mengadakan konsert khas Satu Suara Vol 3 bagi meraih dana untuk membantu pelajar sekolah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI