fbpx

Dewan Rakyat: Speaker kecewa dituduh, minta jangan libatkan jika ingin main politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari pada sidang Dewan Rakyat.

PETALING JAYA – ‘Jika anda mahu bermain politik, mainlah dalam kalangan anda. Jangan babitkan Speaker.

Itulah respon Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul apabila dituduh Ahli Parlimen pembangkang bahawa berlakunya ketidakadilan dalam keputusan dibuat olehnya berkaitan usul yang dikemukakan.

Beliau berkata, dirinya dipilih di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memegang jawatan itu dan hanya menjalankan tugasnya menyelesaikan masalah rakyat, bukan untuk bermain politik.

“Saya harap, tolonglah. Jika anda mahu bermain politik, mainlah dalam kalangan anda. Jangan babitkan Speaker. Saya ada bukti saya. Anda mungkin ada pandangan anda, tapi saya ada cara saya,” katanya ketika mempengerusikan sesi Dewan Rakyat pada sebelah petang, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari yang mengakui kecewa dengan tuduhan itu berkata, usul dikemukakan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) kelmarin dan semalam, bukan berkaitan isu padi yang disorok.

Namun ujarnya, usul yang dikemukakan adalah sebaliknya iaitu mengenai penyalahgunaan kuasa kakitangan awam kanan dalam kempen politik serta isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang kejururawatan serta sektor gunting rambut.

“Saya kira apa yang Arau bangkitkan bahawa saya tidak berlaku adil, tidak memberikan peluang berucap, salah. Saya menerima cacian cukup banyak daripada media yang saya tidak berlaku adil, seolah-olah saya memberikan laluan kepada Sungai Petani (Dr Mohammed Taufiq Johari) dan lebih teruk lagi apabila Pendang (Datuk Awang Hashim) kata ‘anak papa’,” tambahnya.

Dalam pada itu, Johari mengingatkan Ahli Parlimen supaya tidak bergaduh dengan Speaker kerana ia tidak mendatangkan apa apa-apa manfaat.

“Kalau nak saya ikut buku, boleh tapi situasi antara saya dan Ahli Parlimen teganglah. Adakah anda mahu begitu?

“Saya tidak mahu buat begitu. Jadi, kalau saya beri ruang, jangan serang Speaker sebab anda tidak akan dapat apa-apa,” katanya.,” tambahnya.

Pagi tadi, sidang dewan rakyat tertangguh lebih 15 minit akibat kekecohan yang berlaku apabila Ahli Parlimen Pendang menyebut perkataan ‘anak papa’ setelah Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari mengemukakan usul.

Kekecohan itu bermula apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bangun dan mempersoalkan isu yang dihantar olehnya pada hari Selasa masih belum dijawab sedangkan usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani pada Rabu telah pun diberi jawapan pada hari ini.

Rentetan itu, Ahli Parlimen Pendang menyebut ‘anak papa’ terhadap Ahli Parlimen Sungai Petani sekali gus menimbulkan kemarahan daripada pihak kerajaan, antaranya Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan dan Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran yang menggesa Awang untuk menarik balik perkataan tersebut.

Walau bagaimanapun Ahli Parlimen Pendang berkeras untuk tidak menarik balik perkataan tersebut walaupun telah diarahkan oleh Timbalan Speaker, Alice Lau beberapa kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI