fbpx

Bangunkan kebajikan rakyat, lonjak ekonomi negara dalam Belanjawan 2024 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Anwar (tengah) ketika berada di Hari Tinjauan Belanjawan 2024 di laman Facebooknya, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar belanjawan kali ini dapat memacu agenda pembangunan kebajikan rakyat serta melonjak pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

“Petang tadi, saya meluangkan masa di Hari Tinjauan Belanjawan 2024 bagi persiapan terakhir Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan.

“Dalam sesi ini, saya turut menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan esok di Dewan Rakyat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI