fbpx

Anwar di tangga ke-11 pemimpin, ahli politik paling berpengaruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menempatkan diri di tangga ke-11 dalam senarai Pemimpin dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh di dunia.

Perkara tersebut dilaporkan dalam edisi terbaru The Muslim 500: The World’s 500 most influential Muslim 2024 yang menyenaraikan individu-individu muslim yang berpengaruh di seluruh dunia.

Anwar berada di kedudukan ke-17 dalam kategori individu muslim paling berpengaruh di seluruh dunia.

Untuk rekod, Anwar berjaya menaikkan kedudukannya yang sebelum ini berada di tangga ke-22 dalam senarai yang dikeluarkan dalam Disember tahun lalu.

Turut tersenarai adalah Presiden Joko Widodo yang berada di tangga ke sembilan, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di tangga pertama manakala anaknya, Putera Mahkota Mohammed Salman di tangga kelapan.

Kategori Pemimpin dan Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh itu merupakan satu daripada tiga kategori ‘Honourable Mentions’ dan berada dalam senarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia bagi edisi 2024 ini.

Selain itu, Anwar juga berada di kedudukan ke-17 dalam kategori individu muslim paling berpengaruh.

Seorang lagi wakil Malaysia yang berjaya menduduki senarai 500 individu muslim berpengaruh adalah cendekiawan negara iaitu Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Beliau berjaya berada di kedudukan ke-25 dalam kategori cendekiawan muslim paling berpengaruh dunia.

Menurut risalah The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi ke-14, terdapat kira-kira 1.94 bilion penganut agama Islam di seluruh dunia buat masa ini.

Penerbitan risalah secara tahunan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pengaruh yang dimiliki oleh individu beragama Islam, sama ada terhadap dunia Islam atau komuniti global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI