fbpx

Anggota polis hidup mewah di luar kemampuan akan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

GEORGE TOWN – Kesemua pegawai dan anggota dalam mana-mana jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdedah kepada salah guna kuasa dan amalan rasuah.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, selepas dilantik ke jawatan KPN, beliau mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menyiasat pegawai atau anggota polis yang hidup mewah dibandingkan dengan kemampuan kewangan mereka.

“Ada cakap CID (Jabatan Siasatan Jenayah) jawatan sensitif dalam PDRM. Bagi saya semua jawatan sensitif kerana mana-mana yang menjadi polis dan mempunyai kuasa boleh (terdedah) salah guna kuasa dan rasuah.

“Saya sendiri mengarahkan JIPS untuk melihat perkara ini. Mana-mana (pegawai dan anggota) yang tidak mampu, tetapi hidup mewah kita akan siasat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Polis Marin ke-76 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di sini, hari ini.

Razarudin berkata, kepimpinan tertinggi PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang terlibat dengan salah guna kuasa, rasuah termasuk tatakelola yang salah.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain yang memberi amaran kepada pegawai dan anggota hidup mewah kerana bersubahat dengan sindiket adalah berpaksikan kepada fokus beliau dan Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sementara itu, katanya, PDRM akan membetulkan secara dalaman kekurangan yang ada pada agensi berkenaan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan rakyat kepada polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI