fbpx

1MDB: SPRM tunggu kelulusan mahkamah berhubung siasatan firma guaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunggu kelulusan dari Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan dokumen serta keterangan klien sebuah guaman yang didakwa terlibat dalam rasuah dan pengubahan wang haram semasa usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara berkenaan telah diajukan kepada mahkamah susulan ia membabitkan dokumen peribadi milik klien guaman berkenaan.

“Kita telah ambil tindakan di mana dokumen melibatkan milik peribadi telah kita dapati seterusnya notis telah dikemukakan kepada Pegawai Penyiasat.

“Susulan dokumen itu melibatkan komunikasi klien pihak firma guaman, kita telah memfailkan perkara berkenaan di bawah Seksyen 46 Akta SPRM 2009 di mana ia memerlukan kelulusan dari Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan dokumen serta keterangan daripada seorang klien,” ujarnya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Public Private Partnership (PPP) Fasa 2, di Dorsett Hotel, di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan peguam peribadi kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Rosli Dahlan mendakwa SPRM menyerbu firma guamannya pukul 10.30 pagi, 6 Oktober lalu.

Katanya, seramai 12 pegawai SPRM menyerbu firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS) yang menuntut kuasa penyiasatan untuk mengakses seluruh pejabatnya.

Beliau berkata, pegawai SPRM yang diketuai individu bernama Mohd. Farid Ismail, Mohamad Safwan Arbangi dan Siti Aida Khairudin menuntut hak menggeledah dan merampas dokumen-dokumen di firma tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI