fbpx

1MDB: PDRM yakin bawa pulang RM93.2 juta aset Jasmine Loo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - AFP/ MANAN VATSYAYANA SKANDAL 1MDB persis mendapat perhatian di mahkamah dunia dan terkini oleh Jabatan Perhakiman (DoJ) Amerika Syarikat. . AFP Terbitan Utusan Malaysia 10/03/2022

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam usaha berhubung dengan beberapa negara luar untuk membawa pulang aset bernilai RM93.2 juta berkait dengan peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, permohonan untuk membawa pulang aset berkenaan telah dihantar ke pihak berkuasa negara terlibat antaranya Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland.

“Permohonan untuk membawa pulang aset berkenaan datang dari pihak Loo sendiri dan setakat ini respon yang kami terima dari pihak berkuasa di sana sangat baik.

“Kami optimis ia akan dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kapcai Ride Anti Scam JSJK di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Jasmine Loo Ai Swan

Sebelum ini, PDRM memaklumkan, pihaknya berjaya mengesan kira-kira RM93.2 juta aset merangkumi hartanah dan akaun bank milik Jasmine Loo yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, kesemua aset dan hartanah berkenaan dipercayai berada di beberapa negara luar iaitu di Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Ayob Khan berkata, turut dirampas hasil dana 1MDB iaitu dua utas jam tangan mewah iaitu jenama Richard Mille dan Harry Winston dan 13 buah beg tangan termasuk Birkin, seutas gelang tangan dan pelbagai dokumen.

Jasmine Loo yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low ditahan polis pada 7 Julai lalu bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI