fbpx

[VIDEO] Menangis terima dompet anak maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Detik ayah melihat barang terakhir anak yang meninggal dunia dalam kemalangan.

PETALING JAYA – Seorang bapa terus menangis apabila pihak hospital menyerahkan barang milik arwah anaknya yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Video mengenai suasana pilu itu dikongsi anak perempuan lelaki tersebut di TikTok.

“Allahu, tak kuat saya lihat ayah buka dompet adik,” tulis Hairen.

Rata-rata netizen turut bersedih dan berkongsi pengalaman kehilangan orang tersayang.

“Mak ayah hilang anak, tidak sama perasaan seperti anak kehilangan mak ayah,” kata Haziq.

“Teringat ketika arwah adik meninggal tahun lalu sebab kemalangan. Ayah cium MyKad arwah adik, bila pihak polis serahkan,” tambah Irdina Adriana.

“Suami saya terlibat kemalangan, bila terima serahan barang daripada polis, adik ipar terus bagi barang dekat mak mentua dan bukan pada saya,” ulas Nazliatul. – KOSMO! ONLINE

@hairenamirapihak hospital serahkan barang arwah adik masa excident , tak kuat masa ni tengok ayah bukak wallet adik 😭

♬ Dawai – Fadhilah Intan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI