fbpx

Tanjung Malim bakal jadi hab automotif global menerusi AHTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kolaborasi Utama antara DRB-HICOM dan Geely di Proton City, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Projek Automotive High Tech Valley (AHTV) bakal mengubah Tanjung Malim menjadi sebuah hab automotif yang bertaraf global untuk kenderaan tenaga baharu (NEV).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bahkan pelaksanaan projek itu juga akan dikembangkan mencakupi pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembandaran.

Menurut beliau, AHTV adalah satu projek mega membabitkan pelaburan berjumlah RM32 bilion yang dipelopori syarikat Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) bersama-sama DRB-HICOM Berhad.

“Sokongan Kerajaan Perpaduan serta kelancaran projek ini menjadi contoh kepada pelabur-pelabur terhadap pendekatan Malaysia dalam memudah cara pelaburan dengan cekap dan segera.

“Semoga projek ini berjaya seperti yang dirancang, insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat berkaitan AHTV dan diiringi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Proton City di sini.

Selesai mesyuarat tersebut, beliau menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kolaborasi Utama antara DRB-HICOM dan Geely sebagai komitmen kedua-dua pihak dalam sama-sama menjayakan AHTV.

Turut disaksikan ialah pemeteraian Dasar-Dasar Utama Perjanjian antara Altel dan Geespace Technology iaitu syarikat pelaburan strategik Geely yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan sistem teknologi tinggi serta memangkin pelaksanaan penyelesaian inovatif bagi sektor-sektor seperti pelabuhan pintar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI