fbpx

Skuasy, kriket dipertimbang ke Olimpik LA 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUASY berada dalam kertas cadangan untuk diperkenalkan pada temasya Sukan Olimpik 2028 yang berlangsung di Los Angeles. - AFP

LOS ANGELES – Dua acara sukan terkemuka, skuasy dan kriket bakal dipertimbang untuk masuk dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat (LA 2028) nanti.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LA 2028, Kathy Carter yang percaya permohonan itu akan dihantar ke Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada mesyuarat kali ke-141 di Mumbai, India, Ahad ini.

Kata Carter, selain daripada sukan skuasy dan kriket, tiga lagi acara sukan turut diletakkan dalam kertas kerja jawatankuasa LA 2028 seperti sofbol selain dua sukan tradisi AS, flag football dan lacrosse.

“Kami sudah membuat permohonan kepada IOC untuk meluluskan cadangan agar lima sukan baharu dapat dipertandingkan pada LA 2028. Kami pasti ia akan melonjakkan lagi nilai prestij temasya ini nanti,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kriket Antarabangsa (ICC), Greg Barclay mengakui sangat teruja apabila harapan kriket untuk kembali diserapkan dalam sukan bertaraf Olimpik bakal menjadi kenyataan pada edisi 2028 nanti.

Pandangan yang sama disuarakan oleh Persatuan Skuasy Antarabangsa (WSF) dalam satu kenyataan yang percaya ia adalah perkembangan positif buat sukan itu yang sudah menunjukkan peningkatan besar di peringkat antarabangsa ketika ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI