fbpx

Saya sokong 100 peratus tindakan Hamas serang Israel – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir bergambar selepas forum Minggu Negarawan edisi keempat di Putrajaya petang tadi. FOTO AMREE AHMAD/KOSMO!

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi sokongan kepada pergerakan Hamas dalam tindakan kumpulan itu ke atas rejim Israel.

Beliau turut menyifatkan langkah drastik organisasi itu yang menguasai Gaza melakukan operasi ketenteraan sebagai cara tegas mengajar keangkuhan Yahudi tersebut.

“Saya amat sokong 100 peratus tindakan Hamas,” katanya berucap pada forum Minggu Negarawan bertemakan ‘Melayu, Sejarah dan Identiti’ di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Isnin lalu, tokoh politik ini menerusi kenyataan menyifatkan usaha penyelesaian secara adil di Palestin sebagai sia-sia kerana kuasa-kuasa Barat masih menyokong rejim Zionis.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, tindakan rejim itu melancarkan misi balas dendam iaitu Operasi Pedang Besi memang sudah dijangka dan bukan perkara pelik sejak dahulu.

“Apabila lawan, Israel akan balas lagi teruk, ini kita tidak nafi tetapi buat pertama kalinya dalam sejarah 75 tahun Israel dibentuk, baru mereka rasa penderitaan Palestin,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI