fbpx

MotoGP: Repsol mahu Oliveira pengganti Marquez musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLIVEIRA muncul sebagai pilihan untuk menggantikan tempat Marquez selepas bintang Sepanyol itu berunding pelepasan awal daripada kontrak bersama Honda. - AFP

PELUMBA sensasi CryptoData RNF MotoGP Team dari Portugal, Miguel Oliveira adalah nama terbaharu yang dikaitkan bakal menyertai pasukan Repsol Honda untuk menggantikan tempat Marc Marquez pada musim depan.

Menurut laporan antarabangsa, Oliveira muncul sebagai pilihan untuk menggantikan tempat Marquez selepas bintang Sepanyol itu berunding pelepasan awal daripada kontrak bersama Honda.

Selain Honda, Johann Zarco turut disebut-sebut sebagai satu pilihan terbaik sekiranya LCR Honda melepaskan pelumba Perancis itu.

Zarco pada asalnya menandatangani kontrak bersama LCR Honda untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Alex Rins untuk ke Yamaha.

Rins menggunakan klausa dalam kontrak HRC yang membenarkan dia keluar awal jika menerima tawaran daripada pasukan pengeluar.

Kemungkinan mungkin terdapat klausa yang sama wujud untuk Oliveira yang kini bersama RNF.

Jika benar, Oliveira berpotensi menyertai pasukan. Repsol Honda jika itu yang dimahukannya.

Bagaimanapun, bukan Oliveira sahaja dicanang untuk menyertai pasukan Honda kerana Maverick Vinales turut dikaitkan berpotensi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Marquez. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI