fbpx

Mahkamah: Bekas tentera dituduh bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini bagi pertuduhan membunuh isterinya pada hujung bulan lalu.

KANGAR – Seorang bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau dekat sini pada hujung bulan lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nor Haliza Mohd. Ali.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu dituduh membunuh wanita berusia 31 tahun terbabit di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu di Arau antara pukul 10 malam, 29 September hingga pukul 6.55 pagi, 30 September lalu.

Pada 1 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan seorang bekas tentera bertindak di luar kawalan apabila sanggup menikam isterinya hanya kerana mengesyaki wanita itu telah berlaku curang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau.

Tidak hanya menikam mangsa, suspek yang berusia 38 tahun itu turut menutup mayat isterinya dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama sebelum dia keluar menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku selepas pasangan suami isteri tersebut bertengkar ketika mangsa yang bekerja sebagai jururawat ingin keluar bekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI