fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis jadikan kebuluran ‘senjata’ perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN lelaki membawa plastik berisi roti melalui sebatang jalan yang musnah akibat dibom askar Israel di Bandar Gaza, semalam. – AFP

BANDAR GAZA – Pertubuhan pembela hak-hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) mengkritik arahan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant supaya tentera Zionis mengepung sepenuhnya Semenanjung Gaza dengan menganggapnya sebagai satu bentuk hukuman kolektif dan jenayah perang, lapor saluran berita CNN.

Pengarah Serantau HRW, Omar Shakir berkata, Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perangnya di Gaza.

Semenanjung Gaza telah menjadi sasaran serangan udara Israel dalam pelbagai konflik sejak tentera Zionis berundur dari wilayah itu.

Ia bagaimanapun mengawal pergerakan penduduk dari Gaza ke Israel melalui dua lintasan iaitu Erez dan Kerem Shalom. 

Namun, kedua-duanya telah ditutup, manakala sejumlah barangan termasuk makanan dan bahan api juga memasuki wilayah tersebut dari Mesir melalui persimpangan Rafah.

Dalam pada itu, Program Makanan Sedunia (WFP) berkata pada Ahad lalu bahawa walaupun kebanyakan kedai di wilayah tersebut mengekalkan stok makanan selama satu bulan, ia berisiko kehabisan dengan cepat apabila orang ramai menyimpan bekalan kerana bimbang konflik berlangsung dalam tempoh panjang. 

Menurut WFP, pemotongan bekalan elektrik berulang kali juga berisiko merosakkan makanan.

“Kami tiada bekalan air. Ia telah dipotong semalam (Isnin). Kami hampir tidak mendapat bekalan elektrik atau internet. Kami tidak boleh keluar rumah untuk membeli makanan kerana ia semakin berbahaya,” kata seorang remaja Palestin, Nadine Abdul Latif, 13.

Dalam pertempuran sebelum ini antara pejuang Hamas di Gaza dan Israel, Mesir telah membenarkan bantuan masuk melalui persimpangan Rafah serta membantu mangsa yang cedera keluar dari rantau tersebut bagi mendapatkan rawatan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI