fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hospital Gaza padat mangsa serangan Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mengendong kanak-kanak di Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza kelmarin. - AFP

BANDAR GAZA – Peningkatan mangsa yang cedera akibat serangan udara tentera Israel tidak mampu ditangani oleh sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza, lapor akhbar The Guardian semalam.

Ia mengatasi kemampuan sistem penjagaan kesihatan Gaza yang rapuh selepas sekatan 16 tahun pihak berkuasa Israel yang menyekat aliran masuk petugas dan pesakit, bahan api, bahan binaan serta makanan.

Kini, situasi semakin buruk akibat kerosakan yang dihadapi oleh beberapa hospital, kesan daripada pengeboman jet-jet tentera rejim Zionis.

Mahmoud Shalabi dari organisasi Bantuan Perubatan Untuk Palestin berkata: “Hospital Beit Hanoun di utara Gaza tidak dapat beroperasi kerana kerosakan akibat pengeboman di sekelilingnya. Selain itu, jalan di sekelilingnya turut musnah, menyebabkan ia tidak dapat diakses.”

Tambah Mahmoud, hospital terbesar Gaza, Al Shifa mengalami kerosakan kesan daripada bom-bom yang digugurkan askar Zionis di kawasan sekitarnya.

Menurutnya, hospital tersebut sebelum ini telah lama bertindak sebagai pusat penjagaan bagi penduduk di semenanjung itu, terutamanya semasa detik-detik konflik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI