BANDAR GAZA – Tentera Hamas melancarkan berbilang roket ke arah bandar Ashkelon semalam, beberapa jam selepas memberi amaran kepada orang awam Israel agar meninggalkan bandar itu sebagai tindak balas terhadap serangan udara yang membedil Gaza tanpa henti.
Portal berita MailOnline melaporkan, rakaman kejadian memaparkan satu siri roket dilancarkan ke arah bandar di selatan Israel itu selepas pukul 5 petang (waktu tempatan), dengan penduduk digesa untuk berlindung daripada serangan tersebut.k
Siren serbuan udara kedengaran di seluruh bandar dengan rakaman menunjukkan ibu bapa yang panik mengambil anak-anak mereka sebelum berlari ke lapangan terbang untuk berlindung daripada serangan roket.
Sayap bersenjata Hamas telah memberi amaran kepada penduduk bandar itu untuk melarikan diri atau mereka berdepan kematian. Ia adalah tindak balas kepada serangan udara askar Zionis yang telah membunuh lebih 900 rakyat Palestin.
Hamat melancarkan serangan roket besar ke tengah Israel pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan) semalam termasuk di bandar utamanya, Tel Aviv di mana dua orang disahkan maut. Serangan kedua pula menyusul kurang 20 minit kemudian. – Agensi