fbpx

Konflik Palestin-Israel: Angka kematian cecah 3,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan letupan bom menerangi langit selepas serangan Israel ke atas Kota Gaza semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Tentera Zionis terus menggegar Semenanjung Gaza dengan serangan udara paling dahsyat dalam sejarah 75 tahun konflik apabila jumlah kematian kedua-dua belah pihak kini mencecah 3,000 orang, lapor akhbar Arab News semalam.

Lebih 1,000 warga Israel maut selepas pejuang Hamas menyerbu sempadan dari Gaza, manakala sekurang-kurangnya 900 rakyat Palestin terkorban dalam serangan yang memasuki empat hari semalam.

Tentera Zionis mendakwa mereka telah membunuh 1,500 tentera Hamas.

Di seberang tembok yang memisahkan Israel dan Gaza, tentera Zionis mengumpulkan mayat dan memulihkan kawalan di sempadan. Serangan udara Israel yang menembusi langit Gaza semakin meningkat, menggegarkan tanah serta menyebabkan asap dan api naik ke udara.

Lebih 180,000 penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dengan orang ramai terpaksa melarikan diri di jalan atau sekolah. Serangan Israel sejak Sabtu lalu telah memusnahkan lebih 22,600 rumah, 10 kemudahan kesihatan dan empat buah sekolah.

Di bilik mayat hospital Khan Yunis di selatan Gaza, mayat-mayat diletakkan di atas pengusung di atas tanah dengan nama tertulis pada perut mereka. Doktor memanggil saudara-mara untuk menuntut mayat dengan segera kerana tiada lagi ruang simpanan mayat.

Sebuah bangunan perbandaran pula dibom ketika ia digunakan sebagai tempat perlindungan kecemasan. Mereka yang terselamat memberitahu bahawa ramai yang sudah meninggal dunia. 

“Tiada tempat yang selamat di Gaza, seperti yang anda lihat bom jatuh di mana-mana,” kata Ala Abu Tair, 35, yang mencari perlindungan di bangunan itu bersama keluarganya selepas mereka melarikan diri dari Abassan Al-Kabira berhampiran sempadan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI