fbpx

Konflik Palestin-Israel: 4 paramedik terkorban dalam serangan Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap daripada pengeboman tentera Israel dilihat di sekitar pelabuhan Bandar Gaza hari ini. – AFP

BANDAR GAZA – Empat anggota paramedik Bulan Sabit Merah Palestin terkorban dalam serangan udara askar Israel di Semenanjung Gaza hari ini, kata pertubuhan kemanusiaan itu.

Tiga daripada mereka meninggal dunia apabila serangan secara langsung menyasarkan ambulans Bulan Sabit Merah di utara Gaza.

“Mangsa keempat pula terbunuh dalam serangan berasingan di timur kawasan itu,” kata kumpulan bantuan tersebut.

Dalam perkembangan berlainan, satu-satunya loji jana kuasa di Semenanjung Gaza, yang berada di bawah pengeboman dan pengepungan rejim Zionis ditutup hari ini selepas ia kehabisan bahan api.

“Satu-satunya loji jana kuasa di Semenanjung Gaza berhenti berfungsi pada pukul 2 petang (waktu tempatan),” kata ketua pihak berkuasa, Jalal Ismail dalam satu kenyataan selepas memberi amaran sebelumnya bahawa ia semakin kehabisan bahan api. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI